BANTUAN 100 DALAM MYKAD 2025 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
Inisiatif bantuan bulanan akan ditambahbaik bermula tahun 2025 untuk memastikan kelangsungan hidup rakyat lebih stabil, dan mengurangkan beban kos sara hidup. Bermula pada tahun hadapan, lebih ramai individu yang akan layak menerima bantuan ini ketimbang pada tahun sebelum ini.
Bagaimanakah cara semak kelayakan penerima bantuan 100 dalam MyKad 2025? Ikuti info lanjut disini.

PENGENALAN BANTUAN 100 DALAM MYKAD 2025
Bantuan dalam MyKad (Kad Pengenalan) adalah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, dimana bantuan akan disalurkan secara tanpa tunai kedalam MyKad penerima secara bulanan sebanyak RM100/RM50.
Berbeza daripada tahun sebelumnya, hanya golongan Miskin dan Miskin Tegar berdaftar eKasih sahaja layak menerima bantuan ini. Namun, bermula pada tahun 2025, kelayakan penerima akan diperluaskan dimana penerima bantuan STR 2025 bagi kategori Bukan Miski juga akan turut menerima bantuan ini.
Bagi melayakkan diri, individu perlu berdaftar dengan eKasih jika tergolong dalam kategori Miskin/Miskin Tegar, manakala kategori Bukan Miskin perlu memohon STR 2025. Kedua-dua golongan yang berstatus LULUS akan menerima bantuan ini secara automatik.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
CARA SEMAKAN BANTUAN DALAM MYKAD
Status kelayakan bantuan boleh disemak melalui kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
PANDUAN SEMAKAN BANTUAN DI PORTAL MYSTR
Semakan status kelayakan (layak atau tidak) di portal MySTR seperti berikut:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status kelayakan penerima akan dipapar [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Selesai.
PANDUAN SEMAKAN BANTUAN DI PORTAL MYKASIH
Semakan status kelayakan (layak atau tidak) di portal MyKasih seperti berikut:
- Klik log masuk MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan
- Kemudian, tekan pada bahagian [Semak Status]
pada Semakan pelaksanaan SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) - Bahagian semakan akan dipaparkan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad]
- Klik Semakan Status
- Status kelayakan penerima akan dipapar [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)].
- Selesai.
KAEDAH PENYALURAN DUIT BANTUAN BULANAN
Penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana bayaran akan dikreditkan kedalam MyKad/IC penerima. Kaedah ini membolehkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, barang persekolahan serta kebersihan diri menggunakan MyKad di lebih 600 pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar MyKasih.
CARA PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit untuk SARA/MyKasih adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian.
JUMLAH BANTUAN BULANAN DALAM MYKAD
Kadar bantuan yang adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 900 (RM 100 sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (RM100 sebulan) | RM 450 (RM 50 sebulan) |
Bujang | RM 600 (RM50 sebulan) | – |
TARIKH DAN JADUAL PENGAGIHAN BANTUAN
Tarikh pengagihan dan bayaran bagi Kategori Miskin/Miskin eKasih dengan BUKAN Miskin/Miskin eKasih adalah berbeza seperti berikut:
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN |
---|---|
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih Bermula | Januari 2025 |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (Berstatus Bukan Miskin & Miskin Tegar eKasih) | Bermula April 2025 |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]