BANTUAN 100 SETIAP BULAN MYKAD 2025: SEMAK KELAYAKAN SEKARANG
Penggunaan tanpa tunai (cashless) pada masa kini semakin meluas kerana ia memudahkan masyarakat untuk membuat pembelian dengan kadar yang segera tanpa perlu mengeluarkan wang tunai daripada mesin ATM. Seiring dengan itu, kerajaan turut mengalakkan pembelian tanpa tunai. Oleh itu, bantuan terbaru dikreditkan ke dalam MyKAD penerima.
Walau bagaimanapun, inisiatif Bantuan Dalam MyKAD telah diperkenalkan sejak Jun 2023, namun hanya 0.2 juta sahaja yang telah menerima manfaatnya. Pada tahun 2025, inisiatif ini akan diteruskan dan akan disasarkan kepada lebih 5.4 juta penerima terbaru.
Bagaimanakah semak kelayakan bantuan RM100 sebulan dalam MyKAD? Ketahui info lebih lanjut di bawah.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKAD 2025
Hanya individu yang memenuhi syarat-syarat berikut layak menerima Bantuan dalam MyKAD bagi tahun 2025, antara syaratnya ialah :
- Warganegara Malaysia;
- Menetap di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia;
- Bekerja di Malaysia dengan pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Tiada had umur;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah 2025 kategori : (isi rumah / warga emas / bujang);
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
KEGUNAAN BANTUAN MYKAD 2025
Antara kegunaan Bantuan dikreditkan dalam MyKAD penerima adalah untuk :
- Penerima boleh membuat pembelian :
- Barangan asas dapur;
- Kelengkapan kebersihan;
- Peralatan persekolahan anak;
- Ubat-ubatan.
KADAR KREDIT BANTUAN SETIAP BULAN MYKAD 2025
Pengkreditan Bantuan ke dalam MyKAD setiap bulan adalah mengikut kelayakan setiap individu seperti berikut :
PENERIMA BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA BERSTATUS BUKAN MISKIN |
---|---|
Isi Rumah : RM100 setiap bulan | Isi Rumah : RM100 setiap bulan |
Warga Emas : RM100 setiap bulan | Warga Emas : RM50 setiap bulan |
Bujang : RM50 setiap bulan | Bujang : – |
TEMPOH PENGKREDITAN BANTUAN SETIAP BULAN MYKAD 2025
Setiap kelayakan akan menerima Bantuan dalam MyKAD setiap bulan mengikut tempoh yang ditetapkan seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH PENGKREDITAN |
---|---|
Berstatus Miskin & Miskin Tegar | Selama 12 bulan |
Berstatus Bukan Miskin | Selama 9 bulan |
SEMAK KELAYAKAN BANTUAN 100 SETIAP BULAN MYKAD 2025
Kelayakan penerima Bantuan MyKAD boleh diketahui melalui semakan di dua (2) pautan berikut :
- Sila klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor MyKAD dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Atau sila buat pada semakan seperti di bawah sekiranya pautan di atas memaparkan ‘Tiada Rekod’ :
- Sila klik pautan rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor MyKAD tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor MyKAD, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2024] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status ‘Bayaran Bantuan Tambahan’ (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sara MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.