Bantuan Tunai STR Fasa 1 2025: Semakan Status Kelayakan (Layak atau Tidak)

Bantuan Tunai STR Fasa 1 2025: Semakan Status Kelayakan & Info Terkini
Kerajaan Malaysia mengalokasikan RM13 billion untuk disalurkan kepada hampir 9 juta penerima golongan berpendapatan rendah dan sederhana melalui Bantuan Tunai STR 2025. Program ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup sepanjang tahun 2025. Bantuan tunai ini dikategorikan kepada beberapa jenis bantuan berdasarkan kelayakan penerima.

Bagaimanakah cara untuk semak status bantuan tunai STR Fasa 1 2025? Teruskan membaca untuk panduan lengkap dan maklumat lanjut mengenai cara menyemak kelayakan anda.

BACA JUGA : https://semakanstrstatus.my/str-bujang-semakan/

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI STR

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Tunai STR bagi tahun 2025 :

  • Mestilah Warganegara Malaysia serta memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.

Isi Rumah :

Berkahwin (ada atau tiada anak); atau

Ibu/bapa tunggal (ada anak);

Tiada had umur;

Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000 sebulan.

Warga Emas :

Tiada pasangan / balu / ibu / bapa tunggal (tiada anak / tanggungan);

Berumur 60 tahun dan ke atas;

Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.

Bujang :

Belum berkahwin / balu / janda / duda (tiada anak);

Had umur 21 hingga 59 tahun; atau

Bujang OKU berumur 19 tahun dan ke atas;

Pendapatan bujang tidak melebihi RM2,500 sebulan;

BANTUAN TUNAI STR SEMAKAN STATUS

Semak status anda layak atau tidak menerima Bantuan Tunai STR fasa 1 2025 di pautan berikut :

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
  14. Selesai.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2025

Bantuan Tunai STR akan dibayar mengikut jumlah yang ditetapkan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :

KATEGORI KELAYAKAN
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN
BANTUAN TUNAI STR
2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Warga Emas Tiada PasanganRM600
Bujang
21 hingga 59 tahun
RM600

KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR

Pembayaran Bantuan Tunai STR adalah secara ansur berperingkat melalui empat fasa dan dibayar terus kepada penerima secara tunai dan pengkreditan tunai seperti berikut :

KAEDAH BAYARAN
BANTUAN TUNAI STR
JENIS PENERIMA
Dikreditkan ke dalam akaun bank
penerima atau pasangan
mengikut nombor akaun yang
didaftarkan semasa permohonan
Bagi penerima yanga mempunyai
akaun bank yang aktif
Diberikan secara tunai di kaunter
mana-mana cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN)
Bagi penerima yang tiada akaun
bank yang aktif
atau
bagi penerima yang berstatus
‘Gagal Kredit’

JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2025

BIL.FASA BAYARAN
BANTUAN TUNAI STR
TARIKH
1.Fasa satu (1)Akan dikemaskini apabila
diumumkan secara rasmi
2.Fasa dua (2)Akan dikemaskini apabila
diumumkan secara rasmi
3.Fasa tiga (3)Akan dikemaskini apabila
diumumkan secara rasmi
4.Fasa empat (4)Akan dikemaskini apabila
diumumkan secara rasmi

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.