DAFTAR SARAWAK PAY : UNTUK SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SKAS 2025

DAFTAR SARAWAK PAY : UNTUK SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SKAS 2025

Platform pembayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah digital yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk memudahkan transaksi tanpa tunai iaitu S Pay Global menggantikan aplikasi Sarawak Pay.

Yang mana fungsi S Pay Global adalah sebagai perkhidmatan kewangan yang lebih luas untuk pembayaran bil, transaksi runcit, dan juga kemudahan kewangan seperti pembiayaan pinjaman dan insurans.

Bagaimanakah daftar Sarawak Pay dan semak status bantuan SKAS? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

APA ITU SARAWAK PAY

Dahulunya Sarawak pay dikenali sebagai aplikasi e-Wallet rasmi Kerajaan Negeri Sarawak yang dilancarkan pada tahun 2017 dan kemudian digantikan pula kepada S Pay Global yang akan digunakan untuk penyaluran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) pada tahun 2025.

Bagaimanapun Sarawak Pay telah berkembang pesat dan kini mempunyai lebih 770,000 pengguna berdaftar dan 91,000 peniaga, yang mana aplikasi ini telah memproses transaksi bernilai lebih RM4.2 billion, ia menunjukkan penerimaan yang luar biasa dalam kalangan penduduk Sarawak

Aplikasi ini diuruskan oleh SiliconNet Technologies Sdn Bhd (SNT) bagi pihak Kerajaan Saarwak yang memegang lesen e-Wallet yang sah dan berdaftar dengan Bank Negara Malaysia yang menjaminkan keselamatan dan kebolehpercayaan platform ini.

KEGUNAAN SARAWAK PAY

Aplikasi Sarawak Pay (S Pay Global) menawarkan pelbagai fungsi dan kegunaan yang memudahkan pengguna dalam urusan kewangan harian, antaranya ialah :

  • Pembayaran melalui imbasan kos QR di mana-mana kedai yang mengambil bahagian.
  • Pemindahan dana kepada pengguna yang lain dengan cepat dan mudah.
  • Pembahagian bil kepada rakan-rakan untuk perbelanjaan berkumpulan.
  • Program ganjaran kesetian dengan mendapat pelbagai baucar diskaun melalui tambah nilai.
  • Pembayaran bil termasuk bil utiliti dan telefon.
  • Perkhidmatan tambahan seperti membeli dan memperbaharui insurans, membayar balik pinjaman pelajaran, memesan makanan dan membuat sumbangan atau membayar caj meletak kenderaan.
  • Penggunaan antarabangsa melalui kerajasama dengan UnionPay International, termasuk negara di seluruh dunia seperti Kesatuan Eropah, China, India, Hong Kong, Korea, Singapura, Indonesia dan Thailand.
  • Pengurusan transaksi perniagaan bagi peniaga memantau transaksi perniagaan dan mengurangkan keperluan untuk memegang wang tunai dalam jumlah yang besar.
  • Integrasi dengan DuitNow membolehkan pengguna aplikasi e-dompet DuitNow yang lain mengimbas e-dompet para peniaga.

*Oleh itu, Kerajaan Negeri Sarawak memilih aplikasi ini untuk menyalurkan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi memudahkan penerima menggunakan bantuan untuk pembelian barangan keperluan asas.

DAFTAR SARAWAK PAY

Ikuti panduan cara daftar aplikasi Sarawak Pay (S Pay Global) seperti berikut :

  1. Sila muat turun Aplikasi Sarawak Pay/SPay Global
    • Android: Cari SPay Global di Google Play Store.
    • iOS: Cari SPay Global di App Store.
  2. Muat turun dan instal aplikasi tersebut di telefon anda.
  3. Buka Aplikasi dan Pilih “Daftar”
  4. Setelah selesai, buka aplikasi SPay Global.
  5. Pada halaman utama, pilih Sign Up/Register untuk mendaftar sebagai pengguna baru..
  6. Isi butir-butir peribadi anda.Masukkan detail yang diminta, seperti:
  7. Nama Penuh (sesuai dengan IC).
  8. Nombor HP Aktif (untuk menerima OTP).
  9. Alamat Email Aktif (untuk pengesahan).
  10. Kata laluan (Password): Buat kata laluan yang kuat dan mudah anda ingat.
  11. Pengesahan Nombor TelefonAnda akan menerima OTP (One-Time Password) melalui SMS ke nombor yang Anda daftarkan.
  12. Masukkan kod OTP ke dalam aplikasi untuk mengesahkan nombor telefon anda.
  13. Setelah pengesahan OTP, anda akan diminta mengisi maklumat tambahan seperti:Nombor IC (MyKad untuk warga Malaysia).
  14. Tarikh Lahir.
  15. Pilih Jenis AkaunSarawak Pay/SPay Global memiliki dua jenis akaun:Basic Account: Tidak memerlukan pengesahan dokumen tambahan tetapi memiliki limit seperti transaksi yang lebih rendah.
  16. Premium Account: Memerlukan pengesahan dokumen tambahan tetapi menawarkan limit transaksi lebih tinggi.
  17. Jika Anda memilih akaun Premium,ikuti ke langkah berikutnya.
  18. Pengesahan akaun premium (Optional)
  19. Untuk ke akaun Premium, Anda perlu memuatnaik dokumen berikut:Gambar IC (depan dan belakang).
  20. Selfie bersama IC untuk pengesahan identiti.
  21. SPay Global akan memproses dokumen anda dalam waktu tertentu.
  22. Mulai Menggunakan SPay Global
  23. Setelah akaun anda disahkan, anda dapat mulai menggunakan Sarawak Pay/SPay Global untuk berbagai transaksi.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SKAS 2025

Bantuan SKAS adalah rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang khas untuk penduduk Sarawak menampung kos pembelian barangan keperluan asas seperti beras, tepung, minyak masak dan sebagainya. Setiap penerima akan menerima jumlah bayaran yang berbeza bergantung kepada kelayakan seperti berikut :

  • Isi Rumah : RM800;
  • Warga Emas : RM400; dan
  • Bujang : RM250.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SKAS 2025

Sebarang semakan status sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) hanya boleh dilakukan apabila permohonan telah dibuat. Namun portal untuk permohonan dan semakan status masih belum dibuka oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

*Apabila portal untuk permohonan dan semakan status telah dibuka secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sarawak, pihak kami akan mengemaskini kembali panduan yang lengkap dan mudah.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SKAS SARAWAK, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://spayglobal.my/modules/web/pages.php?mod=faq.