MyKasih Semakan Status 2025: Semak Kelayakan Bantuan RM200, RM100 & RM50

MyKasih Semakan Status 2025: Semak Kelayakan Bantuan RM200, RM100 & RM50

Program Bantuan MyKasih 2025 terus disalurkan kepada penerima yang layak di seluruh Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak. Bantuan ini diberikan setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) menggunakan kad pengenalan bagi memastikan penerima tidak tercicir daripada menerima manfaat yang telah diperuntukkan.

MyKasih Semakan 2025

JUMLAH BANTUAN MYKASIH MENGIKUT STATUS 2025

Jumlah Bantuan MyKasih yang dibayar kepada penerima adalah sebanyak :

  • Penerima Berstatus Miskin & Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi RumahRM100/RM200 setiap bulan
Warga EmasRM100/RM150 setiap bulan
BujangRM50 setiap bulan
  • Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi RumahRM100 setiap bulan
Warga EmasRM50 setiap bulan
Bujang

MENFAAT BANTUAN MYKASIH 2025

Berikut merupakan antara manfaat Bantuan MyKasih :

  • Dikreditkan secara automatik ke dalam kad pengenalan penerima setiap bulan.
  • Boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.
  • Penerima tidak perlu membuat pengeluaran tunai untuk pembelian barangan keperluan.
  • Sekiranya bantuan tidak habis digunakan, baki akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan pada bulan semasa.
  • Sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.

MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025

Terdapat dua (2) panduan semakan status kelayakan MyKasih, ikuti kedua-dua panduan berikut :

  • Semakan Status Di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
    4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
    6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
    7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
    8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    10. Selesai.
  • Semakan Status Di Aplikasi MyKasih :
    1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
    2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
    3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
    4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
    5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
    6. Klik pada butang [Next] di bawah.
    7. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    8. Selesai.

JADUAL BAYARAN MYKASIH 2025

Pembayaran Bantuan MyKasih adalah dijadualkan seperti berikut :

PENERIMA STATUS
MISKIN & MISKIN TEGAR
PENERIMA STATUS
ASAS BUKAN MISKIN
15 Januari 2025
Februari 2025
Mac 2025
April 2025April 2025
Mei 2025Mei 2025
Jun 2025Jun 2025
Julai 2025Julai 2025
Ogos 2025Ogos 2025
September 2025September 2025
Oktober 2025Oktober 2025
November 2025November 2025
Disember 2025Disember 2025

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
https://www.jpj.gov.my/