SARA 2025 TARIKH MASUK (FASA JANUARI) : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM900 & RM1200 & RM600)

SARA 2025 TARIKH MASUK (FASA JANUARI) : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM900 & RM1200 & RM600)

Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan, termasuklah Sumbangan Asas Rahmah (SARA), iaitu bantuan tambahan yang disediakan untuk meringankan kos sara hidup dan memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi.

Bilakah tarikh masuk sara 2025? Ikuti Info lanjut disini.

PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif di bawah Program MyKasih hasil kerjasama dengan kerajaan, untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam memenuhi keperluan barangan asas.

Bantuan ini berfungsi sebagai tambahan dan lanjutan kepada program Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Ia akan disalurkan secara automatik kepada penerima STR 2025 berdasarkan data kelulusan STR 2025, serta kepada kumpulan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih, tanpa memerlukan sebarang permohonan.

Melalui program ini, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di pasar/kedai yang berdaftar.

TARIKH MASUK BAYARAN SARA 2025

Pengagihan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasihBermula Januari 2025
Penerima Bantuan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
(BUKAN eKasih)
Bermula April 2025

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAK STATUS LULUS PENERIMA BANTUAN SARA

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar.
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar.
  8. Selesai.

JUMLAH MASUK DUIT BANTUAN SARA 2025

Kadar bantuan SARA yang akan disalurkan pada tahun 2025 adalah seperti berikut:

  • Kategori Penerima (Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih):
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Isi rumahRM 1200
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(RM100 sebulan)
BujangRM 600
(RM50 sebulan)
  • Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Isi rumahRM 900
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 450
(RM50 sebulan)
Bujang

KAEDAH PENYALURAN MASUK DUIT BANTUAN SARA 2025

Penyaluran bantuan bagi Semenanjung Malaysia, dan Sabah Sarawak seperti berikut:

NEGERIKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Semenanjung MalaysiaPengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad penerima,
dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. LabuanPengagihan melalui pengkreditan
ke akaun bank atau penunaian
di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS SARA 2025

Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas yang diluluskan:

  • Beras / Telur / Minyak masak
  • Roti / Tepung / Biskut
  • Minuman
  • Makanan dalam tin / Mi segera / Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf