Semak SARA 2025: Cek Kelayakan Penerima (RM2100, RM1650, RM900, RM600)

Semak SARA 2025: Cek Kelayakan Penerima (RM2100, RM1650, RM900, RM600)

Kerajaan Madani berjaya menambah peruntukan Bantuan SARA hasil daripada penjimatan subsidi sebelumnya, dengan peningkatan jumlah bantuan daripada RM1,200 kepada RM2,100 setahun. Selain itu, jumlah penerima turut melonjak daripada 0.7 juta kepada 5.4 juta, merangkumi isi rumah, individu bujang, dan warga emas.

Adakah anda layak menerima Bantuan SARA 2025? Ketahui panduan semakan status dan maklumat lengkap di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstrstatus.my/bantuan-sarawak-pay-sign-up/

APA ITU SARA 2025

SARA atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan bantuan tambahan bersasar yang disalurkan kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan rentan yang mudah terkesan dengan peningkatan kos sara hidup. Sumbangan SARA disalurkan setiap bulan bagi menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas untuk sepanjang tahun 2025 ini.

KAEDAH SUMBANGAN SARA 2025

Kerajaan MADANI telah menyelaraskan semula kaedah sumbangan SARA kepada semua penerima di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang mana bantuan akan disumbangkan secara tanpa tunai (cashless) menerusi kad pengenalan (IC) penerima setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas.

KADAR SUMBANGAN SARA 2025

Sumbangan SARA bagi tahun 2025 bakal dipertingkatkan mengikut kadar seperti berikut :

  • Penerima Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMAKADAR SUMBANGAN
SARA 2025
ISI RUMAHRM2,100 setahun
WARGA EMASRM1,650 setahun
BUJANGRM600 setahun
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMAKADAR SUMBANGAN
SARA 2025
ISI RUMAHRM900 setahun
WARGA EMASRM450 setahun
BUJANG

TARIKH SUMBANGAN SARA 2025

Kerajaan telah mula menyumbangkan SARA kepada penerima yang layak pada tarikh seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH SUMBANGAN
SARA 2025
Penerima Miskin
dan
Miskin Tegar
Bermula 15 Januari 2025
sehingga ** Disember 2025
Penerima Asas
Bukan
Miskin
Bermula ** April 2025
sehingga ** Disember 2025

SEMAK SARA 2025

Terdapat dua (2) panduan semakan status kelayakan SARA, iaitu melalui puatan rasmi MyKasih dan pautan rasmi STR. Ikuti kedua-dua panduan berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-) contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod’.
  7. Selesai.

Sekiranya, semakan di pautan MyKasih memaparkan ‘Tiada Rekod’, anda boleh terus semak ke pautan STR seperti panduan berikut :

  1. Sila klik pada pautan rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Sekiranya frasa keselamatan yang dipaparkan adalah betul, klik [Ya].
  6. Masukkan kata laluan yang betul.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status bayaran Bantuan SARA akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Dalam Proses’.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/