SEMAKAN BANTUAN STR (FASA 4 2024 ONLINE)
Sumbangan Tunai Rahmah merupakan bantuan tunai kerajaan kepada individu dan keluarga yang memerlukan. Semakan bayaran bantuan Fasa 4 2024 kini boleh mula disemak di laman sesawang rasmi STR. Agihan Bantuan STR untuk Fasa 4 akan dilaksanakan bermula 7 November 2024. Notis ini telah dimaklumkan oleh kerajaan melalui Kementerian Kewangan. Pengagihan bayaran akan dilaksanakan secara berjadual mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.
Bagaimanakah semakan bantuan STR Fasa 4 2024 online? Ikuti info lanjut disini.
APA ITU BANTUAN STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah program bantuan tunai khas oleh kerajaan yang disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana iaitu B40 dan M40 di Malaysia. Program ini bertujuan untuk membantu mengurangkan tekanan kewangan melalui bantuan tunai berperingkat sepanjang tahun, dengan harapan dapat meringankan beban dan membela golongan rakyat yang memerlukan.
Selaras dengan itu, kerajaan telah memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’ sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
LOG MASUK STR
Panduan lengkap Log Masuk STR adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pilih Log Masuk.
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit), dan klik log masuk.
SEMAKAN BANTUAN STR
Panduan lengkap Semakan Bantuan STR Fasa 4 2024 seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR di pautan berikut, https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Setelah berjaya masuk, tekan pada Semakan Status. Kemudian anda boleh tekan pada:
- Klik Semakan Status.
- Klik Maklumat Pembayaran – Untuk melihat jumlah bayaran yang akan anda terima serta status pengkreditan.
JUMLAH BAYARAN
Kadar bantuan STR Fasa 4 2024 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 200 Anak 1-2 : RM 350 Anak 3-4 : RM 500 5 dan keatas: RM 700 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 150 Anak 1-2 : RM 200 Anak 3-4 : RM 250 5 dan keatas: RM 350 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 150 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 100 |
TARIKH BAYARAN
Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa 4 2024 adalah pada 7 November 2024.
Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang berstatus lulus secara berperingkat mulai 7 November 2024.
Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun boleh menuntut bayaran di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
e-Mel : [email protected]