SEMAKAN MYKASIH RM100 2025 : CHECK LAYAK ATAU TIDAK SEBAGAI PENERIMA
Di bawah program MyKasih iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan sebuah bantuan tambahan yang diperuntukan oleh kerajaan bertujuan khusus untuk membantu meringankan bebanan rakyat.
Penyaluran bantuan di bawah program MyKasih adalah secara tanpa tunai khususnya bagi penerima yang menetap di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia.
Bagaimanakah semakan MyKasih RM100 layak atau tidak sebagai penerima? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

APA ITU MYKASIH RM100 2025
Bantuan MyKasih adalah merupakan sebuah bantuan tambahan yang diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) khas untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang disalurkan untuk memenuhi keperluan asas setiap bulan.
CARA PENGKREDITAN MYKASIH RM100 2025
Pengkreditan Bantuan MyKasih adalah secara ansur RM100 / RM50 setiap bulan melalui akaun yang dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan (MyKad) yang mana boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) di kedai atau pasaraya terpilih.
TEMPOH PENGKREDITAN MYKASIH 2025
Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan MyKasih pada tahun 2025 mengikut tempoh setiap kelayakan seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH PENGKREDITAN |
---|---|
Penerima Miskin dan Miskin Tegar | 12 bulan |
Penerima Bukan Miskin | 9 bulan |
KEGUNAAN MYKASIH RM100
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu
beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
SEMAKAN MYKASIH RM100 2025
Untuk mengetahui layak atau tidak sebagai penerima Bantuan MyKasih pada tahun 2025, ikuti cara semakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
*Sekiranya semakan di atas memaparkan ‘Tiada Rekod Maklumat’, sila semak pada pautan di bawah :
- Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status bayaran penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]