STR Bantuan 2025 Fasa 2: Semak Bayaran & Kelayakan Penerima

Ramai rakyat Malaysia yang layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kini menantikan bayaran Fasa 2 yang bakal dikreditkan tidak lama lagi. Pembayaran ini akan melibatkan penerima sedia ada serta penerima baharu yang memenuhi syarat kelayakan. Semak status STR anda sekarang untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan fasa terbaru ini!

STR Bantuan 2025 Fasa 2

TARIKH STR BANTUAN 2025 MASUK BAYARAN FASA 2

Berikut merupakan tarikh bayaran STR bagi sepanjang tahun 2025 :

  • Fasa Pertama (1) : 22 hingga 28 Januari 2025;
  • FasaKedua (2) : 3 April 2025;
  • FasaKetiga (3) : Belum diketahui;
  • Fasa Keempat (4) : Belum diketahui.

*Namun, sekiranya terdapat perubahan tarikh bayaran fasa kedua (2) oleh Kementerian Kewangan (MOF), pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

CARA STR BANTUAN MASUK BAYARAN FASA 2

Terdapat dua (2) cara bayaran STR Fasa 2, adalah melalui :

  • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima :
    • Kepada penerima yang mempunyai akaun bank.
  • Diberikan secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN) :
    • Kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank dan berstatus ‘gagal kredit’.

KADAR STR BANTUAN 2025 MASUK BAYARAN FASA 2

Setiap kategori akan menerima kadar bayaran STR Fasa 2 yang berbeza seperti berikut :

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) :
    • RM150 hingga RM650/bergantung bilangan anak.
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) :
    • RM100 hingga RM300/bergantung bilangan anak.
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
    • RM150/setiap individu.
  • Bujang :
    • RM150/setiap individu.

SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR BANTUAN 2025 MASUK BAYARAN FASA 2

Semak status kelayakan anda sebagai penerima STR bayaran Fasa 2 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.AZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RA