MyKasih Dalam MyKad 2025: Cek Kelayakan RM100 & RM50 Bulanan

MyKasih Dalam MyKad 2025: Cara Cek Status Kelayakan Anda

Kerajaan MADANI komited memastikan hasil negara dapat dimanfaatkan oleh rakyat yang memerlukan melalui Program Bantuan MyKasih. Program ini menyediakan bantuan RM100 atau RM50 setiap bulan secara automatik melalui MyKad penerima, selaras dengan nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras Ekonomi MADANI.

Ingin tahu cara cek status MyKasih dalam MyKad 2025 untuk bantuan bulanan? Ikuti panduan lengkap dan maklumat tambahan di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstrstatus.my/bantuan-100-dalam-mykad/

JUMLAH PENERIMA LAYAK MYKASIH DALAM MYKAD 2025

Pada tahun 2024, penerima MyKasih Dalam MyKad hanyalah seramai 0.7 juta sahaja. Pada tahun 2025, kerajaan bakal meluaskan penyaluran kepada lebih ramai yang layak :

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH PENERIMA
LAYAK
MYKASIH DALAM MYKAD
Penerima Sedia Ada0.7 juta penerima
Penerima Baharu4.7 juta penerima

*Menjadikan jumlah keseluruhan penerima yang layak menerima MyKasih Dalam MyKad pada tahun 2025 adalah seramai 5.4 juta merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang.

JADUAL PENYALURAN MYKASIH DALAM MYKAD 2025

Berikut merupakan jadual penyaluran MyKasih Dalam MyKad penerima sedia ada dan penerima baharu bagi sepanjang tahun 2025 :

TARIKH PENYALURAN
MYKASIH DALAM MYKAD
PENERIMA SEDIA ADA
TARIKH PENYALURAN
MYKASIH DALAM MYKAD
PENERIMA BAHARU
15 Januari 2025
Februari 2025
Mac 2025
April 2025April 2025
Mei 2025Mei 2025
Jun 2025Jun 2025
Julai 2025Julai 2025
Ogos 2025Ogos 2025
September 2025September 2025
Oktober 2025Oktober 2025
November 2025November 2025
Disember 2025Disember 2025

*Dijangka tarikh penyaluran pada bulan seterusnya adalah setiap 1 hari bulan (sama seperti tahun sebelum ini).

KADAR AMAUN DISALURKAN MYKASIH DALAM MYKAD 2025

TARIKH
PENYALURAN
KADAR AMAUN
MYKASIH DALAM MYKAD
PENERIMA SEDIA ADA
KADAR AMAUN
MYKASIH DALAM MYKAD
PENERIMA BAHARU
Januari
hingga
Mac
Isi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM100 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
Tiada Penyaluran
April
hingga
Disember
Isi Rumah : RM200 sebulan
Warga Emas : RM150 sebulan
Bujang : RM50 sebulan
Isi Rumah : RM100 sebulan
Warga Emas : RM50 sebulan
Bujang : Tiada

CEK STATUS KELAYAKAN MYKASIH DALAM MYKAD 2025

Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima MyKasih dalam MyKad seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
  7. Halaman utaman Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  8. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  9. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  10. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  11. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  12. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  13. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  14. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  15. Status bayaran [Bantuan MyKasih SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
  16. Selesai.

KEGUNAAN MYKASIH DALAM MYKAD

Penerima yang layak boleh menggunakan Bantuan MyKasih Dalam MyKad untuk membeli :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
  • Produk kebersihan : Colgate / Dettol / Kotex.
  • Ubat-ubatan : Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam.
  • Barangan persekolahan : Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler.

CARA GUNA MYKASIH DALAM MYKAD 2025

Berikut merupakan cara-cara menggunakan Bantuan MyKasih Dalam MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas :

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran anda (Rujuk seranai kedai terpilih di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
  2. Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli mengikut 13 kategori produk yang diluluskan.
  3. Di kaunter, tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih.
  5. Tukar 6-digit nombor PIN daripada nombor awal MyKad kepada nombor PIN yang baharu.
  6. Pengesahan transaksi bayaran hanya dengan MyKad.
  7. Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.